Welcome to Muslimcation Travel & Tours

Welcome to Muslimcation Travel & Tours

Al Murtajiz Travel

Agensi Umrah Dan Haji

Syarikat Al Murtajiz Travel Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 10 April 2008 bagi menyahut cabaran kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan khusus dalam bidang perkhidmatan haji dan umrah. Syarikat ini beroperasi di No. 9, Jalan BM 4/3, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.

Terletak di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Al Murtajiz Travel menyasarkan untuk menjadi salah satu agensi pelancongan yang boleh menawarkan rangkaian liputan pakej perkhidmatan haji dan umrah pada harga berpatutan.

 

SENARAI PAKEJ UMRAH

Menyantuni Duyufurrahman Sepanjang Zaman

Mengapa Memilih Al Murtajiz Travel

Merancang membuat umrah secara sendiri boleh menjadi salah satu urusan yang merumitkan, namun, dengan Al Murtajiz Travel, perancangan umrah akan menjadi mudah dan cepat yang dapat memuaskan hati pelanggan.

Al Murtajiz Travel sebagai pereka pengembaraan boleh mencipta gabungan sempurna perjalanan umrah yang merangkumi tempahan syarikat penerbangan, tempahan hotel, pengaturan pengangkutan dan pengaturan aktiviti ziarah, kami pasti akan melayani anda dengan kualiti yang luar biasa.

Penerbangan Saudi
Airline
Penginapan Hotel
(50 - 80 Meter)
@ Setaraf
Pengangkutan Bas
Yang Selesa
3X Umrah
Bersama Mutawwif
Berpengalaman
Fullboard
Makkah & Madinah
Set Luggage
Cenderahati Menarik
Kursus Umrah
Beserta Praktikal Online
Visa Ziarah
& Insurans

Pembimbing Umrah

Menunaikan Umrah Bersama Al Murtajiz Travel

Menyediakan barisan pembimbing tempatan yang berwibawa dan berpengalaman. Barisan penggerak yang terlatih dalam aspek pengurusan, operasi dan pemasaran

Ustaz Haji Mohd Hasbullah Bin Othman

Pengarah Urusan
Pembimbing Utama

Menyantuni Duyufurrahman Sepanjang Zaman

Senarai Pakej Al Murtajiz Travel

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ ‏”‏‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

“Antara 1 umrah ke umrah yang lain, adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur pula tiada balasan untuknya kecuali syurga.” 

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Umrah, no: 1773].

Soalan-soalan Lazim

Umrah adalah salah satu ibadah yang terbaik di mana jemaah memalingkan hati, lidah dan anggota badan mereka kepada Tuhan mereka, dengan mengunjungi Masjid al-Haram (Masjid Haram Makkah), memohon keampunan Allah dan keberkatan-Nya. Umrah adalah satu amalan Ibadah, yang didahulukan dengan Ihram, tawaf di Kaabah dan berulang-alik antara Safa dan Marwa.

  • Pakej Umrah Musim Biasa (Umrah Hidayah & Umrah Hasan)
  • Pakej Umrah Awal Ramadhan & Akhir Ramadhan
  • Pakej Umrah Cuti Sekolah / Akhir Tahun

Kami juga menawarkan Pakej Umrah Private untuk kumpulan kecil. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut

  • 3 X Makan (Fullboard)
  • 3 Hotel Selesa
  • Ziarah Tambahan PERCUMA
  • Visa Ziarah & Insurans Al-Khairi
  • Bimbingan sepanjang 3 X Mutawwif & Mutawwifah
  • Kursus Lengkap dengan PRAKTIKAL
  • Bimbingan RAUDAH
  • Cable Car Taif (optional) 
  • Visa Umrah (RM 500)
  • Simkad ( SR 100)
  • Speedtrain (optional)

Anda perlu memuat turun aplikasi Nusuk dalam telefon pintar anda.

Nusuk: Untuk memohon permit umrah, lawatan Raudah & solat di Masjidil Haram.

Scroll to Top